Tuesday, March 19, 2013

Cak cak cak......I LOVE YOU, STUPID - Melur Jelita

Arghhhh.....satu keluhan atau kemarahan?Sebenarnya lama sangat sue tak membuat sebarang coretan di sini...masa begitu suntuk kah, malas kah ataupun kepenatan kah......hehehhehe...mesti ada je alasan,kan?kan?kan?


Kali ni nak ber cak cak cak mengenai buku yang sue dah pun habis baca....bukunya sangat tebal...kalau orang lain boleh habiskan masa 2 hingga 3 hari untuk habiskan novel setebal 1389 muka surat ni, tapi sue tepaksa ambil masa yang berminggu minggu ....nak buat macam mana,kesuntukan masa,tapi setiap masa senggang je sue cuba sambung baca....buku ni memang sentiasa berada dengan sue,kiranya kalo keluar pun mesti bawak dan letak dalam beg...cuma tak tahan buku ni banyak muka surat maka tebal dan berat lah beg sue yang sudah sedia kala berat.


Kan dah kata memang tebal...lenguh tangan nak pegang

Ok,sebelum ni sue pernah baca buku melur jelita yang betajuk awak suka saya tak? Ini adalah buku kedua melur jelita...kali ni watak utama dalam novel ni ialah Iris dan Firman...Watak iris adalah seorang gadis yang mempunyai segala galanya dari aspek kecantikan,kemewahan dan kepandaian - LENGKAP .Manakala Firman diceritakan sebagai seorang lelaki yang sangat handsome (PEDAS)

Dalam buku ini kita akan mempelajari macam mana kehidupan orang Melayu Cham di Kemboja dari segi kesusahan dan kemiskinan...insyaAllah kita boleh belajar sesuatu dari pembacaan buku ni..Kisah cinta Iris dan Firman pulak lebih kepada teka teki..masing masing berlagak dan cuba mengawal perasaan masing masing...Iris orang yang sangat berani manakala Firman sangat bertanggungjawab....sue sangat suka hubungan antara keduanya sebab sangat lah muslimah...hehehehe

Ehhh....cukuplah merapu....pergi lah beli kalo nak baca..."ada erti"

Friday, March 9, 2012

Blueberry Muffin

Dalam peti masih lagi berbaki blueberry jam dan blueberrry filling...sayang la pulak kalo diabiarkan rosak macam tu sahaja..sejak semalam sue dah godek mencari cari resipi untuk dibuat maka hari ni menjadi la muffin buat julung kalinya....hehehheeh...sue tak pernah buat muffin sebenarnya..kalo dari segi rupa dan saiz lebih kurang macam cupcake jek,tapi sebenarnya sue rasa ada perbezaan nya,cuma sue tak pandai nak nyatakan dekat sini...tak pe lah nanti kita tanya kepada yang pakar ya.

Ok, kali ni sue pinjam resipi dari izah daut..kalo nak resipi boleh melawat blog izah muffin lover...Oleh kerana ini percubaan kali pertama,sue rasa dari segi rupa kira ok la,tapi daru segi rasa sangat marvellous sebab sue buat tak manis...hehhehe..puji diri sendiri je la..jom tengok rupa nya




Thursday, March 8, 2012

Puding lapis strawberi dan koktail buah (trifle)

Pejam celik pejam celik,tahu tahu dah masuk bulan mac...nampaknya takde satu entri pun untuk bulan februari...jangan kata blog kawan kawan yang lain,blog sendiri pun tak dijengah...hahahaha...nak kata busy sangat tu idok ler...tapi sue sibuk jaga orang tua sue...banyak na ka hospital bulan lepas...kalo dah ka hospital tu memang banyak la masa habiskan kat sana untuk menunggu..tapi tak pe,insyaAllah bulan ni sue cubalah masukkam seberapa entri yang boleh yek.

Kali ni sue buat puding atau nama omputihnya trifle.Sebelum ni sue pernah buat triffle ni dalam cawan kecik kecik,senang jugak nak hidang kalo orang datang rumah...hidangkan teus dgn cawan tu sekali...cuma kali ni sue buat dalam loyang...jadi kalo nak makan atau hidang kena lah potong..kalo ada whipped cream boleh letak kat atas pastu sprinkle chocolate rice ka atau apa apa je lah yang digemari.

Jom kita tengok camner la rupanya yek






Saturday, January 28, 2012

Jus Epal


Hmmm...sedapnyer pekena jus epal buatan sendiri, taste dah sama macam kedai jek...terima kasih pada mr panasonic juice extractor...Sue dah lama cari mesin kisar buah nih, asyik compare mana satu nak beli, alih alih tertunggak lama gak lah nak beli benda alah ni...sampai lah satu ketika Sue tengok statement maybank bonus treatpoint Sue banyak gilerrr...apalagi REDEEM je lah...heheheh

ini lah mr panasonic ku
Huhuhu...sedapnyer dapat minum jus epal nih...sekarang nih Sue kalo ka pasar raya mesti beli epal banyak banyak...nak buat air lah katakan,selain tu boleh gak buat apple crumble tart ka, kek epal ka....senang jek buat air dengan mr panasonic ni..kalo epal tu kecik tak perlu lah dipotong, boleh masuk semua sekali dgn biji dan kulit nya...nanti hanya tambahkan garam jek supaya warna nya tak bertukar ataupun jus nya tidak teroksida...kalo nak rasa manis sikit boleh lah tambah kan gula.


Khasiat jus epal
(Credit to : http://helmi96.blogspot.com)

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
  • Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah: - Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit. 



Friday, January 27, 2012

Talam Keladi

Hmmm...agak sibuk kebelakangan ni menyebabkan terdapat kekangan masa untuk update sebarang cerita tentang kehidupan harian dan dunia masakan...sibuk kerana selama ni sue hanya jadi assistant kepada chef ataupun jadi pastry chef jek tapi nampaknya master chef sue sakit jadi sue lah kena amik alih tanggungjawab segala bagai...terpaksalah sue tugas di dapur dari pagi hinggalah ke malam hari...pada waktu yang sama kenalah jadi nurse yang tak bertauliah menjaga orang sakit...tapi ada seronoknya juga...dapat lah sue mengasah skill memasak sue...mulalah mencari cari apa menu yang perlu dimasak.

Ok, kali ni sue buat kuih talam keladi...sue suka makan talam ni..dulu tak de lah suka sangat sebab jarang makan...kebetulan sue nampak keladi dekat pasar raya, sue terus lah beli...dalam kepala dah meikir mikir nak buat kek keladi ka atau talam keladi...hmmmm...dua dua pun sue suka...sue belajar buat talam ni semasa sue pergi ke kelas membuat talam...alhamdulillah apa yang dibelajar dapat diaplikasikan...dapatlah bagi family and kawan kawan yang nak makan..untuk talam nih, sue boleh amik tempahan kalo ada yang berminat...untuk talam yang lain lain pun sue boleh buat cuma perlu email sue je lah.



Kualiti gambar kurang memuaskan...setakat pakai camera handphone jek...gambar di atas diambil pada waktu malam..kurang lah pencahayaan nyer...gambar di bawah waktu siang.


Kalo berminat nak tempah, apalagi boleh email sue atau tengok detail nyer di SINI