Friday, March 9, 2012

Blueberry Muffin

Dalam peti masih lagi berbaki blueberry jam dan blueberrry filling...sayang la pulak kalo diabiarkan rosak macam tu sahaja..sejak semalam sue dah godek mencari cari resipi untuk dibuat maka hari ni menjadi la muffin buat julung kalinya....hehehheeh...sue tak pernah buat muffin sebenarnya..kalo dari segi rupa dan saiz lebih kurang macam cupcake jek,tapi sebenarnya sue rasa ada perbezaan nya,cuma sue tak pandai nak nyatakan dekat sini...tak pe lah nanti kita tanya kepada yang pakar ya.

Ok, kali ni sue pinjam resipi dari izah daut..kalo nak resipi boleh melawat blog izah muffin lover...Oleh kerana ini percubaan kali pertama,sue rasa dari segi rupa kira ok la,tapi daru segi rasa sangat marvellous sebab sue buat tak manis...hehhehe..puji diri sendiri je la..jom tengok rupa nya




Thursday, March 8, 2012

Puding lapis strawberi dan koktail buah (trifle)

Pejam celik pejam celik,tahu tahu dah masuk bulan mac...nampaknya takde satu entri pun untuk bulan februari...jangan kata blog kawan kawan yang lain,blog sendiri pun tak dijengah...hahahaha...nak kata busy sangat tu idok ler...tapi sue sibuk jaga orang tua sue...banyak na ka hospital bulan lepas...kalo dah ka hospital tu memang banyak la masa habiskan kat sana untuk menunggu..tapi tak pe,insyaAllah bulan ni sue cubalah masukkam seberapa entri yang boleh yek.

Kali ni sue buat puding atau nama omputihnya trifle.Sebelum ni sue pernah buat triffle ni dalam cawan kecik kecik,senang jugak nak hidang kalo orang datang rumah...hidangkan teus dgn cawan tu sekali...cuma kali ni sue buat dalam loyang...jadi kalo nak makan atau hidang kena lah potong..kalo ada whipped cream boleh letak kat atas pastu sprinkle chocolate rice ka atau apa apa je lah yang digemari.

Jom kita tengok camner la rupanya yek