Friday, March 9, 2012

Blueberry Muffin

Dalam peti masih lagi berbaki blueberry jam dan blueberrry filling...sayang la pulak kalo diabiarkan rosak macam tu sahaja..sejak semalam sue dah godek mencari cari resipi untuk dibuat maka hari ni menjadi la muffin buat julung kalinya....hehehheeh...sue tak pernah buat muffin sebenarnya..kalo dari segi rupa dan saiz lebih kurang macam cupcake jek,tapi sebenarnya sue rasa ada perbezaan nya,cuma sue tak pandai nak nyatakan dekat sini...tak pe lah nanti kita tanya kepada yang pakar ya.

Ok, kali ni sue pinjam resipi dari izah daut..kalo nak resipi boleh melawat blog izah muffin lover...Oleh kerana ini percubaan kali pertama,sue rasa dari segi rupa kira ok la,tapi daru segi rasa sangat marvellous sebab sue buat tak manis...hehhehe..puji diri sendiri je la..jom tengok rupa nya




Thursday, March 8, 2012

Puding lapis strawberi dan koktail buah (trifle)

Pejam celik pejam celik,tahu tahu dah masuk bulan mac...nampaknya takde satu entri pun untuk bulan februari...jangan kata blog kawan kawan yang lain,blog sendiri pun tak dijengah...hahahaha...nak kata busy sangat tu idok ler...tapi sue sibuk jaga orang tua sue...banyak na ka hospital bulan lepas...kalo dah ka hospital tu memang banyak la masa habiskan kat sana untuk menunggu..tapi tak pe,insyaAllah bulan ni sue cubalah masukkam seberapa entri yang boleh yek.

Kali ni sue buat puding atau nama omputihnya trifle.Sebelum ni sue pernah buat triffle ni dalam cawan kecik kecik,senang jugak nak hidang kalo orang datang rumah...hidangkan teus dgn cawan tu sekali...cuma kali ni sue buat dalam loyang...jadi kalo nak makan atau hidang kena lah potong..kalo ada whipped cream boleh letak kat atas pastu sprinkle chocolate rice ka atau apa apa je lah yang digemari.

Jom kita tengok camner la rupanya yek






Saturday, January 28, 2012

Jus Epal


Hmmm...sedapnyer pekena jus epal buatan sendiri, taste dah sama macam kedai jek...terima kasih pada mr panasonic juice extractor...Sue dah lama cari mesin kisar buah nih, asyik compare mana satu nak beli, alih alih tertunggak lama gak lah nak beli benda alah ni...sampai lah satu ketika Sue tengok statement maybank bonus treatpoint Sue banyak gilerrr...apalagi REDEEM je lah...heheheh

ini lah mr panasonic ku
Huhuhu...sedapnyer dapat minum jus epal nih...sekarang nih Sue kalo ka pasar raya mesti beli epal banyak banyak...nak buat air lah katakan,selain tu boleh gak buat apple crumble tart ka, kek epal ka....senang jek buat air dengan mr panasonic ni..kalo epal tu kecik tak perlu lah dipotong, boleh masuk semua sekali dgn biji dan kulit nya...nanti hanya tambahkan garam jek supaya warna nya tak bertukar ataupun jus nya tidak teroksida...kalo nak rasa manis sikit boleh lah tambah kan gula.


Khasiat jus epal
(Credit to : http://helmi96.blogspot.com)

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
  • Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah: - Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit. 



Friday, January 27, 2012

Talam Keladi

Hmmm...agak sibuk kebelakangan ni menyebabkan terdapat kekangan masa untuk update sebarang cerita tentang kehidupan harian dan dunia masakan...sibuk kerana selama ni sue hanya jadi assistant kepada chef ataupun jadi pastry chef jek tapi nampaknya master chef sue sakit jadi sue lah kena amik alih tanggungjawab segala bagai...terpaksalah sue tugas di dapur dari pagi hinggalah ke malam hari...pada waktu yang sama kenalah jadi nurse yang tak bertauliah menjaga orang sakit...tapi ada seronoknya juga...dapat lah sue mengasah skill memasak sue...mulalah mencari cari apa menu yang perlu dimasak.

Ok, kali ni sue buat kuih talam keladi...sue suka makan talam ni..dulu tak de lah suka sangat sebab jarang makan...kebetulan sue nampak keladi dekat pasar raya, sue terus lah beli...dalam kepala dah meikir mikir nak buat kek keladi ka atau talam keladi...hmmmm...dua dua pun sue suka...sue belajar buat talam ni semasa sue pergi ke kelas membuat talam...alhamdulillah apa yang dibelajar dapat diaplikasikan...dapatlah bagi family and kawan kawan yang nak makan..untuk talam nih, sue boleh amik tempahan kalo ada yang berminat...untuk talam yang lain lain pun sue boleh buat cuma perlu email sue je lah.



Kualiti gambar kurang memuaskan...setakat pakai camera handphone jek...gambar di atas diambil pada waktu malam..kurang lah pencahayaan nyer...gambar di bawah waktu siang.


Kalo berminat nak tempah, apalagi boleh email sue atau tengok detail nyer di SINI

Monday, January 16, 2012

Happy Birthday



Ini lah rupa nyer kek buatan sue untuk mama sue...tak la lawa mana tapi this is her favorite...japanese cheese cake...sue tak decorate giler giler pasal family sue tak suka makan kek yang banyak cream cream nih...so this cake memang simple giler lah as simple as the blog's name...hehehe...

The birthday is today tapi kita orang sambut on Sunday which was yesterday since semua orang cuti on weekend kan...we went makan makan for lunch kat restoran nama Subak...hmmm..tak pernah pergi makan kat situ so it was the 1st time for everyone...the location is in Bukit Lanjan...tempat nyer agak tersorok and terpencil tapi kalo ada GPS and google map tak de masalah la....environment tempat ni memang cantik tapi sue tak amik banyak gambar la...gambar food pun takde...soooorryyy...hehehe

sempat ambil gambar air je...nama air ni Amore

Jadi kalo sesape yang ke sini boleh lah amik gambar bebanyak eik...jangan jadi macam sue...tempat makan ni katanya crowd ramai waktu malam...lunch hour on weekend tak ramai sangat...makanan dia not bad...but the place and the food is exclusive lah sikit pasal chef dia org pun chef yang dah biasa kerja hotel hotel lima bintang nih...kalo yang nak budget makan tak boleh nak recomend la tapi kalo nak cari tempat untuk entertain kawan or client probably boleh...apa apa pun boleh cuba sendiri...lebih mudah boleh layari website kat SINI






Friday, January 13, 2012

Cream Puff


Salam...

Hari ni pepagi lagi sue dah tahu nak buat apa...al maklum balance cream cheese masih ada dalam peti jadi sue buat lah cream puff ni tapi filling nyer sue pakai cream cheese bukan custard or vanilla cream ya...daripada membuang baiklah kiranya sue buat sesuatu yang semua orang boleh ngap...

Alhmadulillah rezeki orang yang datang rumah jugak hari ni...kebetulan memang ada orang nak menyinggah rumah sue..so dalam magic cabinet sue memang dah ada semua barang jadi yukkk berkarate di dapur...hehehe



CREAM PUFF ( lebih kurang 20 biji )
SUMBER : Hasil pembelajaran di MIB

200ml    air
100gm   butter
1/3tsp    garam
150gm   tepung
225gm   telur

  1. Air + Butter + Garam di masak atas dapur sehingga betul2 didih.
  2. Masukkan tepung setelah didih dan gaul sehingga tiada sebarang adunan melekat di dalam periuk, tutup api.
  3. Masukkan adunan tepung tadi ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu. Bagi memastikan konsistensi nya seperti mana yang dikehendaki, menggunakan jari ataupun spatula, buat belahan ke atas adunan tadi,sekiranya adunan tadi bercantum semula..adunan anda adalah baik.
  4. Masukkan ke dalam piping beg dan bentukkan ke dalam loyang. Bakar selama 20 - 25 min suhu 220c

CREAM PUFF CUSTARD

225ml    susu segar
50gm     gula
40gm     telur kuning
12.5gm  tepung
12.5gm  tepung jagung

  1. Ambil separuh daripada sukatan gula + susu dimasak di atas dapur sehingga didih.
  2. Telur kuning + lebihan gula di pukul menggunkan whisk sehingga gula larut.
  3. Masukkan adunan telur kuning tadi bersama tepung kedalam susu dan tutup api apabila telah pekat.
  4. Boleh dimasukkan ke dalam cream puff apabila telah sejuk.
Terdapat pelbagai cara untuk membuat custard nih...tapi ini adalah salah satu resepi yang boleh juga di cuba :)


Wednesday, January 11, 2012

Japanese Cheese Cake

Lagi lagi cheese cake...apa lagi lah kan??...heheheh...itu je lah kegemaran sue sekeluarga...kali nie sue buat japanese cheese cake...texture cake ni lain dari cheese cake yang biasa sebab dia seakan akan chiffon cake..sangat gebu,ringan dan tak muak untuk dimakan.

Sebenarnya sue dah buat beberapa kali kek ni masa dulu,oleh sebab tak jadi sangat ketika tuh sue pun merajuk lah malas nak buat dah..end up beli je lah kalo nak makan..paling best sekali kek ni sue beli dekat isetan klcc..dulu reganya dalam rm18 sekarang harganya dah naik rm20...agaknya makin lama harga cake nih nanti makin naik aje..

So al kisah nya sue mendapat semangat nak buat balik kek ni lepas tengok blog kawan sue...rasa tercabar jek nak buat..sebab apa kes kawan sue buat boleh jadi and sue buat tak jadi..so cabaran bermula lah untuk sue buat kek ni untuk semangat tahun baru ni...hehehe...selain pada tu..sue ni nak menghilang segala kekusutan di hati..kalo dah kusut tuh, cara terapi sue ialah baking...so mulalah menggodek dan berkarate di dapur..jom tengok..


Ta daaa...cantik tak?? cantik tak?? Sebenarnya ni 2nd attempt..cubaan kali pertama tak jadi gebu macam ni..kali ni sue cuba resepi lain...nak kata cantik sangat pun tak la..tak perfect mana pun sebab ada crack kat atas kek..kalo tak caya meh tengok...


So apa yang boleh sue katakan kat sini..kek ni texture memang dah gebu cuma atas tu ada sedikit tak cantik lah..sue kena kawal temperature oven sue for next attempt...sue tak puas hati lagi ni..so inysaAllah there'll be next attempt


Yummie..sedap di makan..sangat gebu...jom sue kongsikan resipi yaa..


JAPANESE CHEESE CAKE
SUMBER : olahan dari beberapa sumber resepi

 250g    cream cheese
   50g    butter
100ml   fresh milk
   6biji   kuning telur
   1tsp   lemon emulco
   1tsp   vanilla essence
   60g    tepung kek
   20g    tepung jagung
 1/8tsp  garam
   6biji   putih telur
   140g  gula
 1/8 tsp cream of tartar

Cara caranya :-
  1. Dengan teknik bain marie,panaskan cream cheese + butter + fresh milk sehingga cair dan sebati...biarkan sejuk
  2. Masukkan kuning telur + lemon emulco + vanilla essence + tepung +garam..sebatikan
  3. Pukul putih telur + cream of tartar sehingga sedikit kembang kemudian masukkan gula..pukul sehingga bertanduk
  4. Ambil putih telur yang dah dipukul tadi masukkan kedalam adunan cream cheese dan gaulkan secara kaup balik sedikit demi sedikit.
  5. Bakar pada suhu 150-160 selama 1 jam secara bain marie 
Tips (untuk panduan kita semua)

* cream cheese dan telur di biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan
* putih telur tidak boleh terlebih atau terkurang dipukul.
* bakar mengikut kesesuaian suhu oven anda