Saturday, January 28, 2012

Jus Epal


Hmmm...sedapnyer pekena jus epal buatan sendiri, taste dah sama macam kedai jek...terima kasih pada mr panasonic juice extractor...Sue dah lama cari mesin kisar buah nih, asyik compare mana satu nak beli, alih alih tertunggak lama gak lah nak beli benda alah ni...sampai lah satu ketika Sue tengok statement maybank bonus treatpoint Sue banyak gilerrr...apalagi REDEEM je lah...heheheh

ini lah mr panasonic ku
Huhuhu...sedapnyer dapat minum jus epal nih...sekarang nih Sue kalo ka pasar raya mesti beli epal banyak banyak...nak buat air lah katakan,selain tu boleh gak buat apple crumble tart ka, kek epal ka....senang jek buat air dengan mr panasonic ni..kalo epal tu kecik tak perlu lah dipotong, boleh masuk semua sekali dgn biji dan kulit nya...nanti hanya tambahkan garam jek supaya warna nya tak bertukar ataupun jus nya tidak teroksida...kalo nak rasa manis sikit boleh lah tambah kan gula.


Khasiat jus epal
(Credit to : http://helmi96.blogspot.com)

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
  • Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman:

- Kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

- Epal elok dimakan tanpa kulit atau dimasak sedikit supaya tidak mengurangkan kandungan vitamin C dan serabut yang terdapat di dalamnya jika berhasrat untuk mendapatkan khasiat herba.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah: - Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit. 



1 comment: