My Recipe

Sekadar berkongsi resipi yang sue sering gunakan....


JAPANESE CHEESE CAKE
SUMBER : olahan dari beberapa sumber resepi



 250g    cream cheese
   50g    butter
100ml   fresh milk
   6biji   kuning telur
   1tsp   lemon emulco
   1tsp   vanilla essence
   60g    tepung kek
   20g    tepung jagung
 1/8tsp  garam
   6biji   putih telur
   140g  gula
 1/8 tsp cream of tartar

Cara caranya :-
  1. Dengan teknik bain marie,panaskan cream cheese + butter + fresh milk sehingga cair dan sebati...biarkan sejuk
  2. Masukkan kuning telur + lemon emulco + vanilla essence + tepung +garam..sebatikan
  3. Pukul putih telur + cream of tartar sehingga sedikit kembang kemudian masukkan gula..pukul sehingga bertanduk
  4. Ambil putih telur yang dah dipukul tadi masukkan kedalam adunan cream cheese dan gaulkan secara kaup balik sedikit demi sedikit.
  5. Bakar pada suhu 150-160 selama 1 jam secara bain marie 
Tips (untuk panduan kita semua)

* cream cheese dan telur di biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan
* putih telur tidak boleh terlebih atau terkurang dipukul.


CREAM PUFF ( lebih kurang 20 biji )
SUMBER : Hasil pembelajaran di MIB


200ml    air
100gm   butter
1/3tsp    garam
150gm   tepung
225gm   telur

  1. Air + Butter + Garam di masak atas dapur sehingga betul2 didih.
  2. Masukkan tepung setelah didih dan gaul sehingga tiada sebarang adunan melekat di dalam periuk, tutup api.
  3. Masukkan adunan tepung tadi ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu. Bagi memastikan konsistensi nya seperti mana yang dikehendaki, menggunakan jari ataupun spatula, buat belahan ke atas adunan tadi,sekiranya adunan tadi bercantum semula..adunan anda adalah baik.
  4. Masukkan ke dalam piping beg dan bentukkan ke dalam loyang. Bakar selama 20 - 25 min suhu 220c

CREAM PUFF CUSTARD

225ml    susu segar
50gm     gula
40gm     telur kuning
12.5gm  tepung
12.5gm  tepung jagung

  1. Ambil separuh daripada sukatan gula + susu dimasak di atas dapur sehingga didih.
  2. Telur kuning + lebihan gula di pukul menggunkan whisk sehingga gula larut.
  3. Masukkan adunan telur kuning tadi bersama tepung kedalam susu dan tutup api apabila telah pekat.
  4. Boleh dimasukkan ke dalam cream puff apabila telah sejuk.


* bakar mengikut kesesuaian suhu oven anda