Wednesday, December 21, 2011

Universal Studio Singapore

Al kisahnya sekarang kan dah cuti sekolah dan tak lama lagi sekolah pun dah nak buka...dalam pada tu sue sempat jugaklah berholiday dengan family di singapore..kita org ka singapore hanya untuk ka universal studio jek..bermalam nya di johor bharu.


Untuk ka singapore kita org cuba ber adventerous sikit..sebab kali ni kita org masuk singapore naik bas..kita og tak pernah ka singapore naik bas, so boleh kata semua tak de ilmu lah nak tunjuk pandai tapi nasib baik ada kawan abg ipar (kak ina n hubby) tu memang org singapore..kak ina nih datang all the way from spore untuk bawak kita org masuk dari JB ka Singapore...so dari hotel yang kita org menginap, kita org naik teksi untuk ka stesen bas..bas yang kita org naik ni akan bawak kita org straight ka singapore...bas akan bawak ka JB sentral dulu..naik bas ni cepat jugak rupanya pasal laluan untuk bas agak cepat berbanding laluan untuk kereta...sampai di JB sentral kena kuar dari bas untuk cop pasport kat immigresen..senang and cepat jek sebab memang efficient sekali mereka ni bekerja..dahtu kita org menapak banyak gak lah dalam bangunan JB sentral nih untuk ka bas yang sama kita org naik tadi..masa ni kena lah perhati bebetul bas yang mana kita naik tadi,kalo tak pun perhatikan tiket..yang penting tahu apa nama bas..dah settle masuk dalam bas maka merentasi lah kami semua selat tebrau untuk ka singapore..sekjap jek,kita org semua dah pun berada di bumi asing singapore (tak lah asing mana pun...kihkihkih).


So...sampai singapore apa kami buat...biasalah kena turun bas untuk cop immigresen lagi tapi kali nih jumpa pegawai immigresen org singapore lah pulak..proses nih pun sekejap jek..seterusnya menapak lah lagi untuk keluar dari situ..sampai kat luar kawasan tuh nama woodland kalo tak silap, hubby kak ina dah arranged van untuk bawak kita org ka Universal studio singapore...oleh sebab penat menapak sepanjang perjalanan tadi, kita org ni sempat lah terlelap dalam van sementara nak sampai ka universal studio..jauh gak pejalanan nak ka universal studio ni..kalo nak naik MRT pun boleh tapi kena banyak tukar train lah..


Wah banyak nyer ngomel..moh lah kita tgk gambar sikit eik


the entrance

one of the rides





hehehe..none of us dare to go for this challenge


one of the rides that shouldn't be missed...best gilerrrr

No comments:

Post a Comment