Friday, January 13, 2012

Cream Puff


Salam...

Hari ni pepagi lagi sue dah tahu nak buat apa...al maklum balance cream cheese masih ada dalam peti jadi sue buat lah cream puff ni tapi filling nyer sue pakai cream cheese bukan custard or vanilla cream ya...daripada membuang baiklah kiranya sue buat sesuatu yang semua orang boleh ngap...

Alhmadulillah rezeki orang yang datang rumah jugak hari ni...kebetulan memang ada orang nak menyinggah rumah sue..so dalam magic cabinet sue memang dah ada semua barang jadi yukkk berkarate di dapur...hehehe



CREAM PUFF ( lebih kurang 20 biji )
SUMBER : Hasil pembelajaran di MIB

200ml    air
100gm   butter
1/3tsp    garam
150gm   tepung
225gm   telur

  1. Air + Butter + Garam di masak atas dapur sehingga betul2 didih.
  2. Masukkan tepung setelah didih dan gaul sehingga tiada sebarang adunan melekat di dalam periuk, tutup api.
  3. Masukkan adunan tepung tadi ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu. Bagi memastikan konsistensi nya seperti mana yang dikehendaki, menggunakan jari ataupun spatula, buat belahan ke atas adunan tadi,sekiranya adunan tadi bercantum semula..adunan anda adalah baik.
  4. Masukkan ke dalam piping beg dan bentukkan ke dalam loyang. Bakar selama 20 - 25 min suhu 220c

CREAM PUFF CUSTARD

225ml    susu segar
50gm     gula
40gm     telur kuning
12.5gm  tepung
12.5gm  tepung jagung

  1. Ambil separuh daripada sukatan gula + susu dimasak di atas dapur sehingga didih.
  2. Telur kuning + lebihan gula di pukul menggunkan whisk sehingga gula larut.
  3. Masukkan adunan telur kuning tadi bersama tepung kedalam susu dan tutup api apabila telah pekat.
  4. Boleh dimasukkan ke dalam cream puff apabila telah sejuk.
Terdapat pelbagai cara untuk membuat custard nih...tapi ini adalah salah satu resepi yang boleh juga di cuba :)


No comments:

Post a Comment